Kesilapan Biasa Deejay Perkahwinan, Nombor 8 Paling Annoying Sekali Deejay dan PA System

by November 30, 2017 0 comments

Gambar adalah hiasan semata-mata.

1. Memasang Lagu Terlalu Kuat

Majlis kenduri adalah sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai ahli keluarga, teman-teman lama dan jiran tetangga. Peluang berkunjung ke majlis perkahwinan biasanya menjadi ruang kepada tetamu untuk berbual-bual dengan tuan rumah. Ada juga yang datang membawa anak-anak kecil mahupun bayi bersama. Jadi, Deejay tidak sepatutnya memainkan lagu terlalu kuat tanpa kawalan kerana ia boleh menyebabkan semua tetamu berbual dalam nada yang tinggi kerana sukar mendengar apa yang sedang dibincangkan. Bayi-bayi juga mudah menangis kerana terkejut dengan lagu yang terlalu kuat itu tadi. Jadi, kawallah kekuatan bunyi yang keluar dari pembesar suara mengikut keperluan dan sensitiviti tetamu.
Berbincang dan dapatkan pandangan hos majlis perkahwinan berkenaan dengan kekuatan bunyi yang anda hasilkan dari sistem PA
Berbincang dan dapatkan pandangan hos majlis perkahwinan berkenaan dengan kekuatan bunyi yang anda hasilkan dari sistem PA

2. Salah Pilih Lagu

Sedang seronok melihat pengantin memotong kek perkahwinan mereka, tiba-tiba lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’ dimainkan oleh Deejay. Sedang seronok melihat pengantin tersenyum mengambil gambar perkahwinan di pelamin, Deejay pula memainkan lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’. Keluarga pengantin memilih lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan, Deejay mainkan lagu-lagu dangdut. Keprihatinan dalam susunan senarai lagu perlulah diambil serius kerana ia akan memberi kesan dalam perjalanan majlis.

3. Bergurau Tidak Kena Tempat

Ada Deejay yang tidak prihatin dengan perasaan tetamu atau pengantin semasa berceloteh. Ada yang terus terang memperlekehkan kekurangan majlis contohnya memperkatakan tentang kehadiran tetamu yang tidak memberangsangkan, ada yang memerli penampilan pengantin, ada juga yang mengusik tetamu-tetamu yang hadir secara langsung menggunakan pembesar suara! Ini amatlah tidak wajar dan harus dielakkan oleh pihak Deejay.

4. Tidak Mengalu-alukan Keluarga Rombongan dan Tetamu

Ada rombongan daripada pihak yang bertandang kadang-kadang kecewa kerana kehadiran mereka seperti tidak disambut. Seharusnya Deejay menjadi wakil kepada pihak keluarga tuan rumah untuk mempersilakan tetamu untuk duduk di meja-meja yang dikhaskan dan mempelawa rombongan pengantin untuk menjamu selera. Ada juga Deejay yang tidak berceloteh atau tidak pernah mengalu-alukan kehadiran tetamu sepanjang tugasan mereka menyebabkan tetamu rasa bosan sepanjang majlis.

5. Membiarkan Majlis Tanpa Pengacara

Untuk melancarkan majlis, Deejay perlu memainkan peranan membuat pengumuman terutamanya semasa ingin menjemput pengantin bergerak daripada satu acara ke acara yang lain. Ada Deejay yang hanya sibuk dengan lagu-lagu yang dimainkan dan ada juga yang memang tidak bercakap langsung. Jika ini berlaku, pasti pengantin ragu-ragu dengan apakah agenda seterusnya yang perlu mereka sempurnakan.

6. Tidak Berbincang Berkenaan Aturcara Majlis

Deejay seharusnya berbincang dahulu berkenaan perjalanan majlis dengan pengantin atau keluarga pengantin seperti agenda aturcara majlis, maklumat pengantin dan juga maklumat ibu ayah pengantin. Ini bagi mengelakkan kecelaruan semasa mengacara majlis. Kadang kala ada Deejay yang tersalah sebut nama pengantin, nama ayah dan ibu kedua-pengantin lalu boleh menyebabkan imej tuan rumah tercalar.

7. Tidak Menghormati Azan

Lagu harus dihentikan semasa azan berkumandang atau semasa masuk waktu sembahyang. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai menghormati seruan azan. Deejay yang prihatin selalu peka dengan sensitiviti masyarakat. Ada Deejay yang memain azan daripada sistem audio jika tiada surau atau masjid berdekatan bagi menghormati masuknya waktu solat. Ini yang terbaik!
Menghormati seruan azan adalah perkara yang dituntut di dalam Islam.
Menghormati seruan azan adalah perkara yang dituntut di dalam Islam.

8. Asyik Berkaraoke

Sesi karaoke memang menyeronokkan kepada mereka yang meminatinya. Tetapi ianya akan menjadi kusut jika sesi karaoke diraikan lebih daripada acara pengantin. Hentikan sessi karaoke semasa pengantin sedang bersalam restu atau upacara merenjis sedang berlangsung. Dahulukanlah aturcara majlis dan kemudiankanlah persembahan karaoke. Ada juga Deejay yang tidak henti-henti menyanyi karaoke sedangkan dia adalah Deejay majlis tersebut. Berilah prioriti kepada istiadat perkahwinan terlebih dahulu supaya hati pengantin tidak terguris.
asasad
Sekiranya ingin berkaraoke, pastikan ianya sesuai pada waktu dan ketikanya
Demikianlah beberapa perkongsian kami untuk kali ini. Semoga abang-abang Deejay dapat memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda kerana andalah antara nadi utama kejayaan sesebuah majlis perkahwinan!

Deejay/ Emcee

Kami menawarkan perkhidmataan sewaan peralatan pa system, karaoke, deejay dan emcee untuk semua jenis majlis dan acara. Minimum liputan antara 2 jam hingga 5 jam dengan kadar bayaran bermula dari RM300 sahaja. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami menerusi sms, whatsapp atau telegram ke 010-3663457.


0 comments:

Post a Comment

© 2017-2018 Hak cipta terpelihara. Laman web ini dibangun oleh Encik Adam untuk DeejayKahwin.Com.