Contoh Teks Pengacara Majlis - Emcee

by November 11, 2017 0 comments

Gambar di atas adalah hiasan semata-mata.



CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERKAHWINAN ADHA & AZWAN 

(PANTUN)
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkuunnjg ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

SITI NORADHA AHMAD & AZWAN JAMALUDIN.

(SELAWAT) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

(PANTUN)
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

(PANTUN)
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati EN. AHMAD ALBAB &  PUAN MAS AYU selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai;  ADHA & BUDI, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, EMCEE ZAM, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan ADHA & BUDI.

(PANTUN)
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh HAJI HUSIN bapa saudara kepada pengantin perempuan.

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada PAK LONG di atas bacaan doa sebentar tadi.

(PANTUN)
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis  merenjis air mawar.

(MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :

(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya – .......

Demikianlah tadi, acara  merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

(PANTUN)
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)

(PENGANTIN DUDUK)

(PANTUN)
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

(JAMUAN MAKAN - TUNGGU ISYARAT ACARA SELANJUTNYA)

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK

(15MINIT)

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

(PANTUN)
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

(PANTUN)
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

(PANTUN)
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

Deejay/ Emcee

Kami menawarkan perkhidmataan sewaan peralatan pa system, karaoke, deejay dan emcee untuk semua jenis majlis dan acara. Minimum liputan antara 2 jam hingga 5 jam dengan kadar bayaran bermula dari RM300 sahaja. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami menerusi sms, whatsapp atau telegram ke 010-3663457.


0 comments:

Post a Comment

© 2017-2018 Hak cipta terpelihara. Laman web ini dibangun oleh Encik Adam untuk DeejayKahwin.Com.